Thursday, May 2, 2013

AKTIVITI -AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN


PROGRAM USAHASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
 DAN PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2013

Program Usahasama Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris Tahun 2013 telah diadakan pada bulan April.  Antara aktiviti yang diadakan ialah Pengunjung Istimewa. 'Spot The Reader', Resensi Buku dan Pameran Buku.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta telah diadakan pada 13 Mei 2013


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012

Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada  22 Oktober  hingga 24 Oktober 2012
Objektif mengadakan Kem Membaca 1 Malaysia ialah:
a. Memupuk minat membaca di kalangan pelajar
b. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah atau Perpustakaan sebagai tempat rujukan maklumat
dan celik maklumat yang dipamerkan di sekitar sekolah.
c. Menimbulkan kesedaran tentang kebaikan amalan membaca dan Konsep 1 Malaysia.
Pelaksanaan aktiviti adalah seperti tertera di bawah.
1. Majlis Pelancaran yang telah diadakan pada 22 Oktober  semasa perhimpunan.




2. Jejak Maklumat - Info Hunt yang diadakan pada 24 Oktober 20123. Pertandingan mencipta alat dengan bahan terbuang


4. Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan pada 31 Oktober








Sunday, February 10, 2013

Happy Chinese New Year!!

Just want to wish everybody Happy Chinese New Year and Gong Xi Fatt Chai!!!!

Wednesday, May 19, 2010

Perasmian Bilik Tayangan

Isnin, 17 Mei 2010, Hari Guru.
Perasmian Bilik Tayangan telah dijalankan sempena Hari Guru. Di bilik tayangan, pihak PKG telah menyumbangkan sebuah plasma TV kepada SMK Tanjong Bunga bersama dengan tajaan Astro bagi kemudahan pelajar.



Bilik Tayangan ini telah dilengkapi dengan langsir dan penghawa dingin supaya pelajar dapat merasakan keselesaan dalam bilik tersebut.


Rancangan Astro yang telah disubskripsi ialah rancangan berunsurkan pendidikan misalnya, National Geography, Animal Planet, TVIQ dan sebagainya.



Upacara Perasmian telah dijalankan oleh YB En. Abdul Wahab b. Tahir, Pengerusi PIBG SMK Tanjong Bunga bersama dengan Pengetua, Dr. Arunasala Pandy a/l Karuppusamy.

Friday, May 14, 2010

Gotong Royong Perdana

Semua guru dan pelajar telah datang untuk membersihkan sekolah.

Friday, April 23, 2010

Minggu Bahasa Inggeris 2010

Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan pada 12 -16 April 2010 dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. Pada sepanjang minggu tersebut, pelajar SMKTB digalakkan untuk membaca buku BI dan juga bertutur dalam BI sepanjang masa pembelajaran. Aktiviti yang telah diadakan ialah:
1. News-reading
2. Story-telling competition
3. Riddle -solving
4. Songs dedication
5. Prize giving ceremony for those who won in the story-telling competition

News-reading


One of the contestant in Story-telling competition


Riddle-solving

Kesemua aktiviti yang dijalankan dikendali oleh guru panitia BI dan para pelajar dengan harapan dapat melatih pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan berkebolehan untuk memimpin. Kerjasama antara pelajar telah menjayakan aktiviti Minggu BI amat menggalakkan dan dihargai.

Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat PIBG 2010

Pada 5 Mac 2010, Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Tg Bunga. Tahun ini terdapat sedikit kelainan dalam Mesyuarat Agung iaitu Persembahan Video, Sketsa dan juga cabutan bertuah telah dilaksanakan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Maka, terhibur para ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Hal demikian dapat mengalakkan para ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang akan datang. Demikianlah, akhirnya mesyuarat agung PIBG kali ke 37 dengan sajian yang menarik.

Friday, March 5, 2010

Perkembangan Staf I 2010


Perkembangan staf I anjuran Pusat Sumber Sekolah melibatkan semua kakitangan sekolah untuk membersihkan bilik sumber. Sumbangan daripada PIBG untuk menaiktarafkan bilik sumber dan mengubahsuaikan bilik sumber untuk dijadikan bilik TV sangat dihargai. Justeru itu, adalah harapan Pusat Sumber untuk menjadikan keadaan bilik sumber kondusif untuk para guru dan pelajar supaya P&P dapat berjalan dengan lebih lancar.